Kelas Asas ICT, MS PowerPoint, e-Learning & Kempen KDB
21 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT, MS PowerPoint, e-Learning dan Kempen KDB ini telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Oktober 2018. Dalam kelas ini, para peserta diajar cara membuat slaid pembentangan menggunakan MS PowerPoint. Antara topik-topik yang dipelajari adalah cara untuk memasukkan slaid baru, teks dan gambar yang dimuat turun di internet serta membuat jadual di dalam slaid. Selain itu, mereka turut mempelajari penggunaan ribbon-ribbon MS PowerPoint seperti Design, Transitions dan Animations untuk membuat slaid pembentangan yang lebih menarik.
Selepas mempelajari MS PowerPoint, kelas diteruskan dengan sesi mengulangkaji matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com. Melalui ulangkaji ini, para peserta diharap agar lebih berminat untuk menggunakan ICT untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran.
Akhir sekali, tayangan video dan taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan buli siber diadakan bagi mendidik dan memberi kesedaran tentang bahaya serta cara mencegah dan menangani buli siber. Selepas taklimat tersebut, kuiz KDB berkaitan buli siber diadakan secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com bagi menguji tahap pemahaman para peserta berkaitan buli siber.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 14 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: